Jenis-Jenis Kayu Untuk Pembuatan Cabinets
Papan
Penggunaan papan dalam cabinetmaking ada beberapa advantages yang menjadikan ia digemari ramai:-
- Papan lazimnya telah siap dipotong dengan ketebalan yang tertentu dan berbagai saiz.
- Kerja akhir (finishing) yang dihasilkan lebih kemas dan cantik.
- Tepian (edges) yang tepat dan permukaan yang rata.
- Mempunyai ira atau urat kayu yang menarik.
Disadvantages papan pula ialah ia mudah menggeleding (warp), bengkok dan merekah. Mengatasi disadvantages ini adalah dengan pemilihan papan di peringkat awal yang mana kita memilih papan yang mempunyai permukaan yang rata dan tepian yang lurus ketika membeli. Ini supaya kerja yang akan dilakukan lebih mudah dan cepat.
Kayu Lembut
Penggunaan kayu lembut menjadikan cabinetmaking lebih mudah dan ia memberikan variety kerja-kerja penyudah. Contoh kayu jenis ini seperti kayu getah, pine, jelutung dan lain-lain.
Kayu Keras
Kayu jenis ini lebih mahal tetapi ia lehih tahan lasak dan memberikan hasilan yang berbeza. Contoh kayu jenis ini adalah seperti balau, cengal, kempas dan lain-lain.
Papan untuk cabinetmaking biasanya berketebalan 1"(inci) (tetapi ukuran sebenar adalah 3/4"). Saiz papan yang biasa digunakan untuk sesuatu projek adalah 1"x4", 1"x6", 1"x8", 1"x10" dan 1"x12" dengan panjang 8'(kaki), 10', 12' dan 16'.
Plywood
Diperbuat dari beberapa lapisan (plies) kayu yang dilapiskan dengan diglu dan dimampatkan bersama melalui proses kilang. Saiznya 4' lebar dan 8' panjang yang digredkan berdasarkan ketebalannya seperti 3mm, 4mm, 6mm, 9mm, 12mm, 15mm, 22mm dan 25mm.
MDF
Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat kayu lembut dan kayu terbuang. Ia terhsil daripada proses pemampatan dan glu. MDF digunakan dengan meluas dalam industri prabot dan perumahan moden. Advantages menggunakan MDF ialah ia tahan haba, tidak retak, tidak meleding dan bengkok, juga permukaannya lebar dan rata. MDF boleh dibeli dalam saiz 6' lebar dan 8' panjang dengan beranika warna dan corak yang dipanggil chipboard.Pembuatan Cabinet
Dalam projek pembuatan cabinet ia boleh diketigorikan kepada:
- Cabinet berframe.
- Cabinet tanpa frame (frameless).
Kaedah traditional pembuatan cabinet, yang menggunakan face frame adalah betujuan memberikan kekuatan permukaan cabinet dan ia amat perlu untuk pegangan kepada pintu dan drawer. Cabinet berframe biasanya menggunakan plywood (4mm) sebagai permukaan dan kayu bersaiz kecil(1"x2" atau 1/2"x1 6/8") sebagai framenya. Walaupun plywood tidak setebal dan sekuat kayu solid, tetapi sebaliknya ia menjadi kuat apabila kayu tetulang ini diapit, dipaku dan digam antara 2 keping plywood itu. Yang mana plywood dari jenis nyatok, semangkok, oak dan sebagainya dipasang di sebelah luar dan plywood berformika putih di sebelah dalam.
Bahan yang digunakan untuk membuat cabinet framless biasanya ialah chipboard. Yang mana ia merupakan suatu bahan yang lebih solid dan berat. Kerja-kerja membuat cabinet menggunakan chipboard adalah senang dan cepat, hanya perlu potong mengikut saiz dan akhirnya pasang mengikut pasangan.
"bersambung di topik yang seterusnya........"
Boleh : Hubungi - En Azman
Tel/SMS - 016-6105737
Email - wnooraz@yahoo.com
Seremban (sebelum)
Seremban (selepas)
Gombak (sebelum)
Gombak (selepas)
"bersambung di topik yang seterusnya........"
Dibawah ada sebahagian gambar-gambar kerja pembuatan dan renovasi yang telah saya lakukan. Jika ada yang berminat sila berhubung untuk pertanyaan.
Boleh : Hubungi - En Azman
Tel/SMS - 016-6105737
Email - wnooraz@yahoo.com
Seremban (selepas)
Gombak (sebelum)
Gombak (selepas)
Anda tertarik?
Kongsikan pandangan anda dengan saya...
Tq, bermanfaat
ReplyDelete